Thursday, November 09, 2006

...mari berpantun...

1)
Rakyat Malaysia Yang Bijak,
Terdiri Dari Pelbagai Kaum Macam Rojak,
Jangan Mudah Terpengaruh Dengan Kata-Kata Politik Yang Rancak,
Bagai Sawah Padi Yang Mudah Dibajak!

2)
Bangsa Malaysia Kaum Terbilang,
Bersama Sambut DeepaRaya Gemilang,
Pandu Cermat Tabiat Ulang,
Sampai Kampung Selamat Pulang!

3)
DeepaRaya Semua Bersuka Ria,
Disambut Semua Bangsa Malaysia,
Mari Mengampun Semua Belia,
Bersama Menyambut Hari Yang Mulia!

P/s: mana satu lebih baik? sila bagi pandangan anda...

5 comments:

Anonymous said...

Saya pilih semua...boleh tak?

Susah nak pilih satu saja.. :p

Alex said...

Walauhai eddY, tiga-tiga pun baik.
Tetapi kalau nak dipilih yang lebih baik,
terpulang'lah kepada situasi masa tu'lah sahaja.
Sekaran ini, nombor (3) paling di gemari,
alangkah baik, jika ada pantun bersambungan? :P

eddY said...

Ribena:
Pilih lah mana-mana yang anda rasa ok,
Sebab semuanya pun sahaja ditulis dengan bengkok,
Mendatang lebih muadarat seperti merokok,
Baik saya mendiam diri daripada rasa kekok!

Alex:
Terima kasih atas sokongan anda,
Saya akan cuba menulis dan berganda,
Harap tulisan saya mendapat para politik ronda,
Sebelum bencana melanda!

Jangan kita mendiam dan biar hidup sia,
Untuk generasi yang akan datang kita berusaha,
Mencabar mereka yang cuba merahsia,
Agar kehidupan ini lebih bernilai tetapi semuanya bergantung pada yang maha!

Anonymous said...

Sungguh tak di sangka-sangka
Pantun Melayu pun terra
Memang berbakat, memang bangga
Mempunyai kawan seperti dia

eddY said...

Memang lembap saya berpantun,
Ambil masa satu minggu untuk berlantun,
Tetapi anda masih mengunjung dengan tekun,
Akan saya lebih beraktif bersantun!