Kita berjuang untuk kebebasan,
50 tahun sekarang,
Kita berjuang untuk keharmonian,
Walaupun terdapat banyak kemodenan,
Hati dan naluri kita masih sama,
Tak berubah hanya semakin degil,
Enggan menerima kebebasan bersama,
Apalah perjuangan Bapa-Bapa Merdeka,
Adakah usaha mereka seumpama fantasi,
Bagi mereka yang menderhaka,
Inikah maksud Merdeka yang dirasai,
Sedih melihat kejadian seperti ini,
Apa akan terjadi kepada Malaysiaku jika ini berterusan,
Kesian melihat Malaysiaku yang dikasihi,
Akan mu menjadi sebuah negara yang tak berwawasan,
Suatu dahulu kita mengemari kebebasanmu,
Sebuah negara yang aman dan damai,
Sekarang kita menakuti hari depanmu,
Terjebak di dalam kemusykilan yang pelbagai,
Akan tetapi kita masih berharap untuk keharmonian,
Untuk suatu hari yang mulia and bebas,
Supaya kita dapat bersantap tanpa kebimbangan,
Menlaung Hari Merdeka tanpa was-was!!!
2 comments:
wow! your bahasa poem is better than your english pantun!!
Cool!!
orh really? thks... but forgotten alot of my bahasa words liao... ehehehe...
Post a Comment